Saturday, February 19, 2011

MAHA SUCI MU YA ALLAH...

Sesungguhnya benar segala apa yang terdapat dalam al-Quran al-Karim yang telah diturunkan Allah kepada junjunganNya yang mulia iaitu Nabi Muhammad s.a.w. sejak lebih 1432 tahun yang lalu. Dimana, di dalam kitab yang dijamin kemukjizatannya yang akan berkekalan kesuciannya hingga ke hari akhirat mengandungi segala penemuan sains moden yang baru atau belum terungkap atau tersingkap tentang keajaiban ciptaan Yang Maha Kuasa.
Sebagai contoh, susun atur dan pergeraka cekerawala di angkasa lepas menjadi tanda dan bikti keagungan ciptaanNya . Allah S.W.A. telah berfirman dalam Surah Yasin, ayat 38;
Maksudnya: Dan Matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

Ketepatan ayat di atas terbukti benar apabila seorang ahli sains dunia iaitu Newton telah menjumpai hokum yang berkait dengan gravity (law of gravitation), beliau telah berkata: “ tiap-tiap zarah jirim dalam alam ini menarik zarah-zarah yang lain dengan tenaga secara langsung sebagai jisimnya, dan secara kebalikannya sebagai segi empat sama bagi jarak yang memisahkannya”.

Dengan ini, Newton menjumpai tarikan bumi ke atas bulan dan telah membuat perhitungan tersebut dengan jarak 0.0044 kaki bagi satu saat menghadap ke bumi. Jarak antara bulan dari tengah Bumi ialah 238.857 batu dan ia adalah 60.27 kali jarak tengah bumi dari permukaaan Bumi. Satu jirim permukaan Bumi ialah 3,632 x 0.0044 kaki dan ini adalah pergerakan Bulan dalam orbitnya. 3,632 adalah segi empat sama 60.27 (60.27 x 60.27 = 3,632).

Maka jelaslah kepada kita bahawa planet-planet beredar mengelilingi Matahari kerana adanya daya tarik menarik antara planet-planet itu dengan Matahari dan sebaliknya. Kesannya menimbulkan gerakan dalam orbit planet-planet itu dan turut menyebabkan planet-planet tersebut berpusing di atas paksinya sebagaimana Bumi berpusing pada paksinya dalam masa 24 jam dan beredar pada orbitnya dalam masa 365 hari 6 jam.

Manakala Matahari berpusing pada paksinya dalam masa 26 hari dan beredar dalam orbitnya disamping turut membawa semua planet-planetnya dan satelit-satelit dalam masa 250 juta tahun. Dalam pusingan ini, Matahari dengan seluruh sistemnya berputar selaju 700,000 batu sehari bergerak ke arah bintang Vega dalm gugusan bintang-bintang Lyra, di sebelah gugusan bintang-bintang yang dikenali sebagai Hercules, yang mana ia boleh dilihat di timur laut pada waktu petang di musim panas.

Selain itu,lain pula yang berlaku dalam dunia Kristian. Ptolemy yang hidup di abad ke-2 m telah membuktikan kebenaran tersebut tetapi telah mengajar apa yang berlawanan dengan itu dengan mengatakan Bumi ini tidak bergerak dan bintang-bintang serta cekerawala yang lain mengelilingi Bumi. Beliau telah menentang pendapat Py thagoras, seoarang ahli failasuf Yunani (Greek) yang hidup berabad-abad terdahulu dari dari beliauyang berpendapat bahawa Matahari itulah yang tetap dan bintang-bintang serta Bumi mengelilinginya.

Tiori Ptolemy ini sangat bersesuaian dengan konsep agama Kristian yang berpendapat bahawa Bumi inilah yang di tengah dan tetap serta cekerawala yang lain bergerak mengelilingi Bumi, dan di atas Bumi inilah Allah turun dalam bentuk Isa al-Masih. Mengikut pendapat mereka, mama-mana tiori yang berlawanan dengannya bermaksud memperkecilkankan atau menurunkan taraf Bumi dan secara tidak langsung telah memperkecilkan kedudukan Isa sebagai penebus dosa sekalian anak Adam di muka Bumi. Oleh sebab itu, pihak gereja telah menetapkan hukuman bunuh kepada mereka yang membuat tiori bahawa Bumi ini beredar mengelilingi Matahari.

Setelah itu, munculnya Copernicus, berbangsa Jerman dari Prusia yang lahir pada tahun 1473m telah membawa revolusi pemikiran dalam agama tersebut. Pada tahun 1507m, beliau mengemukakan tiori bahaw Bumi beredar mengelilingi Matahari tetapi tidak berani mengemukakannya di hadapan khalayak ramai kerana takut dihukum bunuh. Pada tahun 1540m, setelah keadaan mengizinkan, beliau mengeluarkan risalah ringkas untuk tiorinya itu dan huraian penuhnya pada tahun 1543m. Tiori beliau ini telah disokong oleh Tycho-Brahe yang lahir pada tahun 1546m . beliau telah menghabiskan seluruh masanya dengan memerhati kedudukan cekerawala dan planet-planet yang bertaburan di langit. Manakala pembantu beliau, Kepler, lahir pada tahun 1571m, telah mejumpai hokum-hukum pergerakan planet (laws of planetary mations).

Sebagai kesimpulan kepada isu ini, Newton telah membuat banyak rekaan dan hasilnya, beliau telah menjumpai hokum gravity (lawa of gravitation) dan telah membuktikan kepada masyarakat dunia tentang apa yang tidak pernah mempercayai dahulu sekaligus secara tidak langsung turut membenarkan kalam Allah Yang Maha Suci berkaitan dengan pergerakan Matahari serta planet-planet lain pada paksinya, sebagaimana Allah S.W.T. telah berfirman, pada ayat 39-40 dalam Surah Yasin:
Maksudnya: Dan telah Kami tetapkan tempat peredaran bagi Bulan, sehingga ( setelah ia sampai ke tempat peredaran yang terakhir ) kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua. Tidaklah mungkin bagi Matahari mengejar Bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya.