Saturday, August 7, 2010

Duduknya aku di sini….

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah lama agaknye x up-date blog nie… Bukan x nak up-date tp banyak perkara lain yang lebih penting perlu didahulukan…(^^)…
Dah sebulan mula sesi baru semesta( melangkah kealam baru)… yang bakal diwarnai dengan pelbagai cabaran dan liku-liku yang lebih mencabar demi mengajar kita erti kematangan dalam meneruskan hidup di muka bumi yang sementara ini…

Syukur padaMu ya Rabb… kerana dengan rahmat dan kasih sayangMu yang memberi peluang dan kelapangan bagi hambaMu ini untuk mencari setitis ilmuMu buat bekalan untuk menemuiMu suatu detik nanti. Semoga aku, ibu bapaku, adik-beradikku, kaum kerabatku, para pendidikku, sahabat-sahabatku, dan kaum muslimin seluruhnya sentiasa berada di landasan syariatMu yang betul dan berikanlah kami petunjuk dan hidayahMu untuk kami terus mengorak langkah mencari redaMu di dunia dan akhirat…

Insan yang sering di hati ; buat ayah dan emak yang sering mendoakan kejayaan dan kesejahteraan hidup kami adik-beradik… Berkat doa emak dan ayah, aku di sini… mampu melangkah untuk menuju ke destinasi yang telah lama tersemat di hati…



I’m happy…
You know why???
Because I’m so happy…
You know why???
Because ALLAH loves me…
You know why???
ALLAH send a good my parents and siblings to me…
I really, really loves them…

Semoga di alam baru ini… memberi aku semangat dan kesempatan untuk mencari nilai harga seorang insan…
Ya ALLAH… Diawal langkah kaki ku ini… aku mohon padaMu agar kuatkanlah keyakinan, tekad , kesungguhan, semangat, azam, target dan cita-cita untuk meneruskan ‘perjalanan’ ini… Agar nawaituku ikhlas hanya keranaMU…bukan kerana yang lain… Demi mengejar redaMu di ‘sini’ dan di ‘sana’… Amin…