Betapa pantasnya masa berlalu, baru dua tiga hari lepas rasanya awal sem bermula…tapi hakikatnya…hanya berbaki tiga empat hari lagi untuk ke kelas than study week, lepas tu final. Sebagaimana Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah al-Asyr (ayat:1-4) yang bermaksud:
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar. Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji”
Sepanjang mengharungi semesta ini, banyak peristiwa telah berlaku….macam-macam…hujung bulan Januari hari 2, masa hari nak balik bercuti masa raya orang Cina dan sempena cuti midsem, my brother kemalangan (27/1/2011-Khamis). Masa nak bertolak dah call my mom dalam pukul 3, macam biasa xde apa-apa yang diceritakan, tapi bila sampai dekat bus station, my dad say dia nak pergi balai polis coz nak settle kes adik saya nie (terkejut bukan kepalang). First empression, ingat luka-luka biasa je…tapi patah tangan dan kaki kiri…, masa tu baru tahu betapa kita tiada tempat bergantung harap kecuali hanya Dia Yang Satu. Kita satu family time cuti 2, memang xde masa nak sembang panjang macam selalu (semua ambil turn bergilir-gilir jaga dia n stay kat HKK).
Bila tengok keadaan dia masa tu, timbul perasaan dalam diri, betapa kerdilnya kita. Allah hanya menarik secebis nikmatnya sedang kita pada waktu itu hanya mampu terlantar dan tidak boleh berbuat apa-apa. Semua keperluan kita, hanya orang lain yang uruskan. –Masa balik rumah (17-19 Mac), Alhamdulillah, keadaannya dah makin pulih…Syukur pada Allah…
Dulu, bila kawan-kawan cerita tentang masalah atau ujian yang mereka hadipi, kita boleh cakap: sabar, sabar. Tapi bila ia terkena batang hidung kita, baru kita tahu macam mana sulitnya…itu baru secebis jika dibandingkan lagi dengan saudara seislam kita yang tanah air mereka dijajah. Mereka bukan sahaja diuji dari metarial tapi turut diuji dengan kehilangan ahli keluarga, tiada tempat bergantungan, di dunuh depan mata tanpa ada nilai insani dalam diri.
Bila difikirkan balik atas apa yang berlaku ini banyak hikmahnya, mungkin Allah S.W.T. bagi ujian ni sebab nak bagi peringatan kepada kita, hamba yang sering leka dengan kenikmatan yang jarang-jarang kali bersyukur dan menghargai apa yang ada. Di samping itu, Allah juga hendak menguji keimanan kita terhadap (qada’ dan qadarNya). Sebagai seorang mukmin, kita harus menerima apa jua ketentuanNya dengan hati yang terbuka (berlapang dada) n reda.
Bagi saya, ujian ini sebagai wasilah (cara) untuk kita (a’bd) makin mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. (Khaliq) dengan bermunajat dan berdoa kepadaNya. Selain mendekatkan diri, ia juga dapat menambahkan pahala kita. Sebaimana mafhum dari sabda Rasul s.a.w.: “ sesipa yang sabar mendapat satu pahala, dan sesipa yang bersyukur mendapat satu pahala”. Untunglah bagi mereka yang mempunyai sifat sabar dan syukur di dalam diri…
Moral:
-gunalah dan syukurilah segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan sebaiknya (jalan yang betul) agar apa bila ia tiada (diambil oleh Allah) tidak menimbulkan penyesalan di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment