Thursday, October 28, 2010

Pandangan anda jika isteri menanggung nafkah keluarga apabila suami gagal menunaikan tanggungjawab ini kerana kesukaran mendapat kerja?

Sebagaimana sabda Nabi S.a.w....

كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته ، الإمام راع ومسئول عن رعيته والرجال راع فى أهله ومسئول عن رعيته والمرأة راعية فى مال زوجها ومسئولة عن رعيتها والخادم راع فى مال سيده ومسئول عن رعيته والرجل راع فى مال أبيه ومسئول عن رعيته وكلكم راع ومسئول عن رعيته.

Maksud:
Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya.( Hadis riwayat al-Bukhari)
Hadis di atas jelas menerangkan kepada kita bahawa seorang suami perlu memikul amanah dan tanggungjawab yang berat bagi memastikan ahli keluarganya sentiasa mematuhi syariat yang telah digariskan oleh Allah SWT. Oleh itu, seorang suami harus melayani isterinya dengan baik dan adil kerana isteri adalah amanah dari Allah SWT, sebagaimana firmannya:
الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا وقودها الناس والحجارة يأيها
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya ialah manusia dan batu(berhala).( Surah al-Tahrim: Ayat 6)
Berdasarkan potongan ayat alQuran di atas, jelas kepada kita bahawa tanggungjawab seorang suami adalah mendidik isterinya agar menjadi seorang isteri yang solehah dengan memberi didikan agama yang secukupnya terutama ilmu fardu ain dan tidak kurang juga ilmu fardu kifayah. Disamping itu, seorang suami juga harus menjadi contoh teladan yang baik buat isteri dan juga anak-anaknya. Ini berdasarkan firman nabi saw:

أكمل المؤمنين إيمانا أحسنكم خلقا وخياركم خياركم لنسائكم
Maksudnya:
Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik budi pekertinya; dan orang yang paling baik daripada kalangan kamu ialah orang yang melakukan kebaikan kepada isteri-isterinya. ( Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Pendidikan agama sangat penting kepada para isteri kerana mereka bertindak sebagai tempat untuk suami mengadu masalah di kala ingin menyelesaikannya; contohnya Saidatina Khadijah yang telah menenangkan hati suami yang tercinta di mana Nabi saw didatangi Jibril as untuk menyampaikan wahyu pertama di Gua Hira’. Dan Saidatina Aisyah juga merupakan contoh seorang isteri solehah yang sanggup berkoraban apa saja demi menegakkan ajaran agama Allah SWT yang suci ini di muka bumi.
Selain itu, seorang suami juga bertanggungjawab terhadap nafkah untuk perbelanjaan isterinya dengan memberikan makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, dan keperluan-keperluan asas yang lain. Firman Allah SWT:
لينفق ذوسعة من سعته
Maksudnya:
Hendaklah orang yang mempunyai kemampuan membelanjakan menurut kemampuannya.
(Surah at-Talak: Ayat 7)
Dalam sebuah hadis , ada seorang sahabat bertanyakan Rasulullah tentang tanggungjawab suami kepada isterinya. Lalu Nabi saw bersabda:
Maksudnya:
Memberi makan kepadanya sebagaimana kamu makan, memberinya pakaian sebagaimana kamu pakai, jangan pula kamu memukul mukanya dan jangan memburuk-burukkannya serta jangan menghalaunya dari rumah kamu.( Hadis riwayat Abu Daud ).



HUKUM-HUKUM BERKAITAN PEMBERIAN NAFKAH

1)HARUS
Setiap pasangan suami isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dipikul dan digalas demi menjaga kemaslahatan rumahtangga mereka. Beban dan tanggungjawab tersebut perlu dipikul bersama-sama untuk merasai kemanisan rumahtangga yang dibina. Suami isteri perlu saling bertolak ansur dalam segenap hal seperti hal kewangan , pengurusan anak-anak dan sebagainya. Dewasa ini, seorang isteri juga memikul tanggungjawab untuk meringankan bebanan kewangan dalam sesebuah keluarga bagi menjamin kehidupan yang lebih sempurna. Pada zaman moden ini , masyarakat telah mula menerima keadaan isteri yang juga keluar mencari nafkah tidak seperti zaman dahulu yang tidak dapat menerima keadaan seperti itu. Seperti yang kita semua tahu, kos sara hidup pada masa kini semakin tinggi sehingga menyebabkan suami memerlukan bantuan isteri dalam masalah kewangan dalam institusi kekeluargaan.namun, adakalanya isteri lebih berpendidikan tinggi dan berkelayakan untuk mendapatkan pekerjaan berbanding suami. Dalam keadaan negara yang merosot ekonominya, kemungkinan suami sukar mendapatkan pekerjaan dengan kelayakan yang tidak seberapa. Hal ini berbeza dengan keadaan isteri yang lebih berkaliber. Sudah tentunya isteri yang terlebih dahulu mendapatkan pekerjaan.

Islam tidak melarang wanita daripada keluar bekerja, apatah lagi sekiranya suaminya amat memerlukan sokongan kewangan dari isteri dalam menguruskan kehidupan rumahtangga .Kehidupan seperti ini menjadikan hukum harus kepada isteri yang keluar bekerja. Terjadinya hukum harus apabila isteri redha untuk bekerja serta ikhlas memberikan bantuan kepada suami dalam menguruskan hal ehwal kewangan rumahtangga . Seseorang isteri tidak akan sanggup melihat si suami dan ahli keluarganya berada dalam keadaan kesempitan hidup.Oleh yang demikian , si isteri redha untuk keluar bekerja disamping ia mempunyai kelebihan dan kelayakan dalam melakukan sesuatu pekerjaan .Namun demikian , pekerjaan yang dilakukan haruslah sesuatu pekerjaan yang halal dan tidak menyalahi hukum-hukum syarak.


Selain itu, pekerjaan itu juga mestilah bukan pekerjaan yang mendatangkan aib kepada isteri tersebut. Adalah menjadi suatu kewajipan kepada seorang isteri menjaga nama baiknya, suami dan keluarga ketika berada diluar rumah.Hal demikian adalah bagi mengelak pandangan serong daripada masyarakat sekeliling apabila melihat isteri yang keluar mencari nafkah untuk keluarga. Walaupun masyarakat sekarang lebih berfikiran terbuka , namun seandainya isteri yang bekerja melakukan pekerjaan yang tidak baik semasa berada di luar rumah, masyarakat sudah tentu tidak dapat menerimanya .

Bukan itu sahaja, seorang isteri yang juga merupakan seorang wanita mestilah pandai menjaga keselamatan dirinya ketika keluar untuk bekerja. Hukum harus jatuh kepada isteri yang keluar bekerja dan meninggalkan rumah lalu si isteri yakin terhadap dirinya sendiri boleh menjaga keselamatan dengan baik.Sekiranya seseorang isteri itu tidak yakin dan mampu untuk menjaga keselamatannya , maka tidak wajar si isteri untuk keluar daripada rumah untuk mencari nafkah walaupun mendapat keizinan suami untuk keluar.Hal ini kerana, bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara bahaya yang tidak diingini.

Ini tidak menjadi masalah atau kesalahan apabila isteri yang keluar bekerja bagi mencari nafkah untuk menampung sesebuah keluarga asalkan hal ehwal yang berkaitan rumahtangganya terurus dan terkawal dengan tertib seperti hal pengurusan anak-anak dari segi aspek pentarbiahan dan persekolahan mereka. Terdapat sesetengah keadaan yang melibatkan si suami dalam pengurusan hal ehwal rumahtangga .Namun kerja-kerja rumah yang dilakukan oleh seorang suami, tidak harus dilihat sebagai salah satu pekerjaan yang boleh mengurangkan sifat kelakian suami bahkan mereka lebih kelihatan bertanggungjawab jikalaunya mengambil berat akan hal ehwal rumahtangga dan anak-anak.Walaubagaimanapun, isteri tidak boleh menyerahkan tanggungjawab tersebut secara sepenuhnya kepada pihak si suami. Hal ini karana, sudah menjadi tanggungjawab suami isteri untuk memastikan sesebuah keluarga itu sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan sejahtera.


Berdasarkan dalil Al-Quran bagi menyokong hukum tersebut :

" ولا تتمنوا ما فضل الله به بعضكم على بعض للرجال نصيب مما اكتسبوا و للنساء نصيب مما اكتسبن وسئلوا الله من فضله إن الله كان بكل شئ عليما "

Maksudnya : Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka kerjakan /usahakan , dan bagi perempuan pun ada bahagian dari apa yang mereka usahakan .Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaan-Nya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu. ( Surah An-Nisa’ : 32 ).


Al-Baihaki berkata: Dalam ayat-ayat sebelum ini Allah melarang kita bunuh-membunuh, kemudian Allah SWT melarang kita makan dan melalui jalan yang salah. Selepas itu Allah SWT juga melarang kita agar tidak melakukan perbuatan yang jahat. Manakala dalam ayat ini Allah melarang kita dari berangan-angan kerana angan-angan itu merupakan kesalahan hati.

Dalam ayat ini, lafaz “La tatamannau” asal dari perkataan Tamaniy iaitu berangan-angan memikirkan tentang perihal orang lain seperti kekayaan dan pangkat yang mereka perolehi. Disebabkan angan-angan inilah timbulnya perasaan dengki sebagaiman Ibn Abbas dalam tafsirannya menyebut Tamaniy (angan-angan) bermaksud hasad iaitu dengki. Sebagaimana kata-kata beliau ketika menafsirkan ayat ini: “Janganlah kamu berkata: Alangkah elok sekiranya aku diberi harta yang banyak, nikmat yang banyak dan isteri yang cantik sebagaimana si fulan itu”.

Manakala Ibn Atsiir pula berpendapat bahawa angan-angan ialah keinginan untuk mendapatkan sesuatu benda dan ia merupakan satu keluhan jiwa.

Kemudian perkataan seterusnya pula menegaskan yang bermaksud: “Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan”. Ia bererti Allah telah menyediakan rezeki-rezeki bagi kaum lelaki dan kadar rezeki-rezeki itu bergantung kepada usaha yang mereka lakukan. Begitu juga dengan perempuan. Secara keseluruhannya, Allah telah menentukan rezeki kepada setiap hambanya yang berusaha untuk mendapatkannya.

Ayat seterusnya, “Dan mohonkanlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya” yang bermaksud pohonlah doa kepada Allah agar diberi kekuatan dan pertolongan sehingga usaha itu Berjaya (tiada waktu lagi untuk berangan-angan).

Dan diakhir ayat ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu adalah Maha Tahu”. Dalam ayat ini ada disebut perkataan ‘Alim iaitu salah satu dari nama Allah. Ini kerana hanya Allah yang memancarkan sinar ilmuNya dengan ilham kepada manusia tentang sesuatu yang mereka tidak tahu sebelum ini.

Berdasarkan hadis dari Zainab, isteri Abdullah r.a , dia berkata: Tolong tanyakan kepada Nabi Muhammad s.a.w , Apakah sah jika aku memberikan nafkah kepada suamiku dan anak-anak yatim yang ada dalam tanggunganku? Tetapi jangan beritahu beliau tentang siapa kami!” lantas Bilal masuk untuk menyampaikan pertanyaan tersebut kepada Nabi Muhammad s.a.w , Nabi s.a.w bertanya “Siapa mereka itu?” Bilal menjawab: "Zainab.”. Nabi Muhammad s.a.w bertanya “Zainab yang mana?” Bilal menjawab : “isterinya Abdullah r.a.”lalu Nabi Muhammad s.a.w berkata : “ya, sah.”. Dia mendapat dua pahala , iaitu pahala kerabat dan pahala sedekah. (HR Bukhari dan Muslim).
Isteri yang bekerja dapat mendatangkan pelbagai faedah dan kebaikan terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Antara kebaikan yang diperoleh isteri atau wanita yang bekerja adalah mereka dapat mengukuhkan kewangan diri sendiri. Oleh itu, si isteri tidak perlu meminta-minta wang daripada suaminya bagi memenuhi kehendaknya. Selain itu, kebaikan yang diperolehi daripada isteri yang bekerja mengenai hal ehwal keluarga ialah dapat meringankan bebanan suami dalam menjana pendapatan untuk menyara keluarga. Dalam hal ini, hal ehwal keluarga akan lebih stabil walaupun suaminya tidak bekerja disebabkan kesukaran mndapatkan pekerjaan.Isteri yang bekerja juga dapat menyumbangkan tenaga mereka dari sudut fizikal dan pemikiran terhadap masyarakat. Sebagai contoh, sesuatu pekerjaan yang tidak boleh dihadiri oleh golongan lelaki memberi peluang kepada gologan wanita untuk menunjukkan kebolehan mereka. Tuntutan kerja ini juga adalah untuk memperolehi rezeki, maka hukumnya adalah harus di sisi syarak. Selain itu juga, isteri yang bekerja secara tidak langsung dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Hal ini boleh membantu mengukuhkan lagi kestabilan ekonomi.

Wanita perlu memikirkan kembali dan meletakkan keutamaan selaras tuntutan fitrah dan kedudukan mereka dalam Islam tanpa mengorbankan peranan sebagai wanita, isteri dan ibu. Peranan isteri sebagai wanita yang bekerjaya memerlukan keseimbangan dalam melaksanakan tanggungjawab. Pengurusan rumahtangga yang bijak, berkesan dan cekap memerlukan wanita untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menangani semua masalah dan cabaran. Sifat wanita yang dijadikan Allah penuh dengan kekuatan dalaman yang boleh dizahirkan dengan mendekatkan diri kepada-Nya, dengan penuh ketaqwaan dan memohon kekuatan dari-Nya dalam menghadapi segala cabaran dan halangan terutama dalam era yang serba mencabar ini. Walaupun zaman telah berlalu, peranan wanita seperti Saidatina Khadijah bt Khuwailid, Saidatina Aisyah dan ramai lagi ummul mukminin serta sahabiah perlu diteliti kisah hidupnya untuk mencungkil kekuatan yang boleh dicontohi sebagai bekalan dalam menghadapi dunia yang mencabar peranan muslimah hari ini.
Islam telah menetapkan bagi isteri yang bekerja di luar rumah agar tidak bercampur gaul dengan bebas dengan lelaki yang bukan muhrimnya serta menjaga batasan aurat ketika melaksanakan tugasannya. Di samping itu, mereka juga tidak boleh menonjolkan perhiasan diri sehingga menarik perhatian lelaki yang bukan muhrim. Ini adalah langkah-langkah untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang fitnah dalam kalangan masyarakat.

2)HARAM
Hukum lain yang boleh dikaitkan dalam hal ini adalah hukum haram. Hal ini terjadi apabila seseorang isteri tidak meredhai keadaannya yang terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga. Seorang isteri mungkin merasakan satu bebanan yang berat kerana terpaksa menguruskan rumahtangga di samping bekerja di luar rumah. Ini kerana tanggungjawab sebagai seorang isteri sememangnya berat untuk dipikul apatah lagi setelah mempunyai ramai anak. Hal ehwal anak-anak dan suami semestinya menjadi tanggungjawab utama seorang isteri sebelum melakukan tugasan lain. Hal ini demikian kerana rumah adalah tempat didikan yang pertama sebelum memasuki alam memasuki alam persekolahan. Telah menjadi fitrah bagi kaum wanita memiliki sifat keibuan dan pengasih terhadap anak-anak. Ini ditunjukkan pada saat awal kehamilan lagi di mana Allah telah menanam perasaan kasih dan sayang kepada seorang ibu meskipun anak itu masih berbentuk janin lagi.
Tanggungjawab mencari nafkah adalah tanggungjawab seorang suami yang wajib ke atasnya menyediakan segala keperluan isteri dan anak-anak di dalam rumahtangga. Seorang suami mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan keluarganya hidup dalam keadaan yang selesa. Allah s.w.t mengurniakan rezeki kepada mereka yang berusaha dan tidak pernah putus asa. Oleh yang demikian, seorang suami yang penuh dengan sikap prihatin dan tanggungjawab akan mencari nafkah untuk tanggungannya. Allah sememangnya memberi kudrat kepada kaum lelaki dalam bentuk kekuatan fizikal dan ketahanan mental agar mampu bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan mempertahankan maruah hidupnya. Manakala Allah mengkudratkan kepada wanita untuk hamil, melahir dan menyusukan anak, memelihara dan mendidik anak-anaknya serta rumahtangganya. Ini kerana sesungguhnya beban dalam melaksanakan urusan rumahtangga merupakan suatu tugas yang rumit dan amat meletihkan. Adalah tidak adil sekiranya isteri dibebani dengan tugas dua kali ganda iaitu tugas di rumah dan di tempat kerja. Seseorang isteri tidak boleh melakukan dua kerja dalam satu masa, jika tugas yang dilakukan di tempat kerja sempurna maka tugas di rumah akan terbengkalai. Oleh sebab itu, seseorang suami tidak boleh bermalas-malasan sambil menantikan bantuan daripada isteri. Mereka wajib bekerja apa sahaja yang sesuai menurut kemampuannya asalkan pekerjaan tersebut halal.

الرجال قومون على النساء بما فضل الله بعضكم على بعض وبما انفقوا من اموالكم فالصلحت قنتت حفظت للغيب بما حفظ الله والتى تخافون نشوزهن فعظوهن واهجروهن فى المضاجع واضربوهن فان اطعنكم فلا تبغوا عليهن سبيلا ان الله كان عليا كبيرا
Maksudnya: Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah An-Nisa’ : ayat 34).

Pandangan mengenai peranan ibu bekerja di luar rumah tersebut kini sudah menular ke seluruh negara-negara Islam, dan ia memberi impak negatif. Mana yang lebih penting, masa depan anak yang baik, kehidupan keluarga sakinah dan juga bangsa yang kuat atau membiarkan kaum ibu sibuk kerja di luar rumah dengan mengabaikan masa depan anak, kehidupan keluarga menjadi porak-peranda serta masa depan bangsa dan agama Islam juga hancur? Perlu kita menghayati ungkapan penyair Islam:
“Seorang ibu ibarat sekolah, apabila kamu siapkan diri dengan baik bererti kamu menyiapkan satu bangsa yang harum namanya”. Islam tidak menolak seorang ibu bekerja, tetapi hendaklah dengan mempertimbangkan fitrahnya sebagai ibu yang mempunyai tugas dan tanggung jawab sebagai pemimpin dan membantu suami dalam menjalankan kehidupan rumah tangga serta menjaga kehormatannya saat si suami tidak di sisinya.

Rasulullah SAW bersabda : “Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya, dan ia akan dimintai pertanggungjawabannya terhadap mereka. Seorang wanita adalah pemimpin bagi rumah suami dan bagi anak-anaknya, dan ia akan dimintai pertanggungjawabannya terhadap yang dipimpinnya.” (HR. Bukhari, Muslim).

Islam mengajarkan bahawa seorang ibu yang berkualiti adalah yang telah mempersiapkan dirinya sebelum melahirkan zuriatnya. Menurut agama Islam, kualiti seseorang ibu dilihat dari ketaqwaan dan keimanannya kepada Allah SWT. Ia adalah sebahagian dari etika atau akhlak manusia kepada Khaliqnya. Pendidikan mengenai akhlak inilah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya (terdapat di dalam Al Qur’an dan al-hadis) dan selanjutnya setiap penganut agama Islam berkewajiban pula mengajarkannya, terutama sekali kepada keluarganya, sesuai dengan sabda Nabi SAW:
“Di antara hak anak terhadap ayahnya adalah (agar si ayah) mengajarkan akhlak yang baik dan memberinya nama yang baik.” (HR. Ahmad dan At- Tirmidzi).

والوالدت يرضعن اولادهن حولين كاملين لمن اراد ان ينم الرضاعة وعلى المولود له رزقهن وكسوتهن بالمعروف لا تكلف نفس الا وسعها لا تضار والدة بولدها ولامولود له بوالده وعلى الوارث مثل ذلك فان ارادا فصالا عن تراض منهما وتشاور فلا جناح عليهما وان اردتم ان تسترضعوا اولادكم فلا جناح عليكم اذا سلمتم ما اتيتم بالمعروف واتقوا الله واعلموا ان الله بما تعملون بصير
Maksudnya: Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah : ayat 233).

Dari Jabir Bin Abdullah, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kalian wajib memberi mereka makan dan pakaian menurut yang patut…..” (HR Muslim).

Apabila seorang suami mengabaikan tanggungjawab untuk mencari nafkah, maka seorang isteri berhak menuntut cerai daripada suaminya itu. Hal ini kerana seseorang isteri mempunyai hak untuk menentukan masa depannya samada ingin bahagia atau sebaliknya. Seorang isteri itu berhak menuntut cerai apabila beliau merasakan dirinya terabai dari segi penyediaan nafkah zahir dan batin.

Saturday, August 7, 2010

Duduknya aku di sini….

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah lama agaknye x up-date blog nie… Bukan x nak up-date tp banyak perkara lain yang lebih penting perlu didahulukan…(^^)…
Dah sebulan mula sesi baru semesta( melangkah kealam baru)… yang bakal diwarnai dengan pelbagai cabaran dan liku-liku yang lebih mencabar demi mengajar kita erti kematangan dalam meneruskan hidup di muka bumi yang sementara ini…

Syukur padaMu ya Rabb… kerana dengan rahmat dan kasih sayangMu yang memberi peluang dan kelapangan bagi hambaMu ini untuk mencari setitis ilmuMu buat bekalan untuk menemuiMu suatu detik nanti. Semoga aku, ibu bapaku, adik-beradikku, kaum kerabatku, para pendidikku, sahabat-sahabatku, dan kaum muslimin seluruhnya sentiasa berada di landasan syariatMu yang betul dan berikanlah kami petunjuk dan hidayahMu untuk kami terus mengorak langkah mencari redaMu di dunia dan akhirat…

Insan yang sering di hati ; buat ayah dan emak yang sering mendoakan kejayaan dan kesejahteraan hidup kami adik-beradik… Berkat doa emak dan ayah, aku di sini… mampu melangkah untuk menuju ke destinasi yang telah lama tersemat di hati…



I’m happy…
You know why???
Because I’m so happy…
You know why???
Because ALLAH loves me…
You know why???
ALLAH send a good my parents and siblings to me…
I really, really loves them…

Semoga di alam baru ini… memberi aku semangat dan kesempatan untuk mencari nilai harga seorang insan…
Ya ALLAH… Diawal langkah kaki ku ini… aku mohon padaMu agar kuatkanlah keyakinan, tekad , kesungguhan, semangat, azam, target dan cita-cita untuk meneruskan ‘perjalanan’ ini… Agar nawaituku ikhlas hanya keranaMU…bukan kerana yang lain… Demi mengejar redaMu di ‘sini’ dan di ‘sana’… Amin…

Monday, May 3, 2010

Kenangan with u all...

Salam prerpisahan wat sme2 shbat, tman , n kawan2 kat udm...

Dgan K.J. Al-Quran n Sunnah...(^^)



Dgn clasmate... diakhir2 sem



With hilmiah...

Esok dah nak balik, dah hampr siap brkmas dah nie...Buat detik terakhir di cnie, kaki melangkah longlai,
bahu terasa berat, utk mlangkah pargi...
untuk meninggalkan nostalgia semalam
bersama teman2 seperjuangan...

Bila lagi kita akan bertemu,
bersua muka???
Mungkin bertemu, mungkinkan tidak,
hnya Dia yang menentukan segalanya...

Dah tiga tahun kita bersua muka...
dalam pelayaran mencari arah tujuan...
mencari harga sebuah harga diri...
sebuah kehidupan...

Kini tiba masanya...
Kita terpisah jua...
Juga dengan tujuan yang sama...
Dengan matlamat yang sama...

Semoga pertemuan yang sementara ini...
Yang beberapa detik waktu ini...
Tidak kita sia-siakan...

Moga ia manjadi satu ibadah untuk kita...
Bertemu keranaNya dan Terpisah jua keranaNya...
Moga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayangNya...
Dalam keredaan dan keberkatan dariNya...

P/s: kpd sahabat, kwn,tmn2 n kpd smua yg tlh mengenali saya scara langsung @ x... mohon maap atas sgla slah n silap saya, kkasaran, keterlepasan cakap n sbagainya... happy jumpa kalian smua walau pun seketika waktu...moga berjaya dunia dan akhirat...Take care of u yuorself...

Wednesday, April 21, 2010

For my loving persons...



JASA


Terdetik tika ini…
Siapa yang berjasa pada diri ini???
Siapa sumber semangat diri ini???
Emak ayah, keluarga, saudara-mara,
Kekasih, buah hati,
Sahabat, kawan, atau teman,

Siapa???
Sudah tentu, akal yang waras akan berkata;
Of course, my parents; jawab mulut…
Dalam hati, dalam minda, siapa yang ada???
Tentu emak ayah, selain Allah dan RasulNya,
Besarnya pengorbanan emak dan ayah,

Untuk diri ini…
Semua permintaan,cuba dipenuhi…
Semua masalah yang diadu, cuba diselesaikan…
Dan berkat doa kalian berdua…
Aku di sini… bukan semata usahaku sendiri,
Tapi kerana doa kalian berdua,

Dan kerana…
Berkat sokongan dan adanya mak dan ayah di sisi…
Pembakar semangat, pemberi nasihat,
Aku terus mampu bertahan dalam perjalanan ini…
Terus gagah memegang prinsip hidup…
Terus bersemangat untuk melangkah…

Ketahuilah…
Tiada siapa dalam hati ini…diminda ini,
Yang ada hanyalah mereka berdua,
Sebagai tanda mengenang jasaku,
Kepada yang paling berjasa,
Selain kepada Pencipta dan rasulNya…

Tuesday, April 20, 2010

“ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang ”



Nak reliese tasion jap…(time fnal biase la…)

Nasib Si Pakai Tudung Labuh…(mcm title cter hikayat Melayulah plak…)

Teringat satu citer yg berlaku time sem satu dlu…

Kiasahnya lebih kurang begini, masa awal2 sem 1 dlu, waktu 2, kami duk sembang2 sambil tunggu klas yg seterusnya, Biase la…baru knl, mula la nak tnya latar belakang keluarga…ade sorg kwn 2 tnya...

(dialog dia mcm nie..)

“ ayah wak krje ape?”

Saya pun jwb la blik dgn pertanyaan “ awak rasa2…”

Dia jwb balik “ petani ker ??? ”

“ Ya la kot… ” jwb saya.

Dah duk ramai2 sembang, ade sorg kwn sampuk n bgtaw ape pkerjaan ayah saya (kami berdua lbh rapat jika nak dibandingkn dr yg sorg lagi) . Kesian btul… pakai tudung labuh terus dianggap ank ptani… hina sngat ker pakai tdung lbuh nie??? X up-2-date…??? (pandangan msia ), X psal2 ptani yg naik nama… tp ptani skang kaya taw, trkadng lbh kaya dr pgawai krajaan…

Time 2, saya snyum je.. nak wat camne dah org cop like that…so, triama seadanya…maybe org yg pkai tdung labuh nie xtaw nak dressing kot ??? Saya x marah kat kwn nie.. tp dlm senyum pun trasa la jugak, nasib baik ayah saya bkan ‘ptani btul’ klau x dah bg ayat nie…… “ hena sngat ke sorg ptani??? At least dia kerah jgak tnaga nak cari rzeki yg halal tanggung kluarga, bukan dok tunggu simpati atas tangga…” tp mmang pun kami satu fmily ‘petani sambilan’ jd saya x ksah…
2 la persepsi kita ( fedback org Islam sndiri terhadap umat seagama yg cuba jaga maruah diri dr fitnah ) , tau la… kami yg pakai tdung labuh nie ( x standard like u pnya tdung bwl yg nampak batng lehir klau x pakai inner 2 dianggap up-2-date )… kami pnya tdung rm10, korng pnya tdung rm40 or 50 , Xkn kami nak cari tdung labuh nie kat butik Livi’s, B.U.M, x pun klau ade kat butik L.V…. alamatnye sampai kiamat pun xde la org pakai tdung lbuh nie klau yg jns si pmakai 2 tngok brand, tp korng pnya tdung pun bkannya hebat sngat, just dr Siam jer, bkannya butik pnya produk pun….( tdung bwal – idealogi orientalis utk mnampakkan aurat pmpuan Islam secara halus ) .

Tp saya nak tnya... Yg mane lbih tepati syarak ??? Saya rasa semua dh taw ( bg pmpuan smua aurat kecuali muka n tapak tangan ), tp mjoritynye wat2 x tau… 2 la silap kita… dah taw, wat2 x tau…x ker esk2 bila Akhirat dosa kita lbh brat dr dosa org yg x taw... Klau mcm nie tanggapn kita pd kwn yg pkai tdung lbuh ( bkn nak bg support ), alamatnya Islam x kemana...,
Betullah sabda Nabi s.a.w. (mafhumnya), umat Islam di akhir zaman ramai, tp umpama buih2 di pantai…

org skrng…

lbh hiraukn pndangan manusia dr Allah S.W.A.(like cara tutup aurat),

lbh suka ikut fesion or trend dr ikut syarak,

lbh suka dedah aurat dr menutupnya,


Hadis Nabi s.a.w.,

“ dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah ”

So, hyatilah maksud di sebalik hadis ini… wassalam (^ ^)

Wednesday, April 14, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم



pic time bengkel hafzan bg oku penglihatan (27/Mac/10)anjran Jbtn AQSA

Assalamua'laikum saudara2ku...

Syukur pdMu Wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa krn masih mmberi aku nikmat utk hdup n brnafas dlm keadaan briman , islam n ihsan.......الحمدلله رب العلمين

Knp kita hrs brsyukur???
Kita hrs brsyukur krn Allah tlh mmberi kita bermcm nikmat hingga x trhitng...dr nikmat brbentuk imaan, islam n ihsan hinggalh nikmat brbntuk anugerah harta-benda, keluarga , rezeki , pancaindera , n so on.... trlalu bnyak hngga x trkata....

Trkadng kita brtnya, knp Allah bg ini, x benda 2, aku x mnta pon bnda nie??? sebnrnya kita hamba yg lmah, brfikiran trhad... sdangkn Allah , Dia adalah Kholid(Pencipta), pngetahuanNya meliputi seluruh alam...ape yg trsirat n trsurat adalah milikNya... ape yg Dia bg utk kita adalh yg trbaek utk kita tnp kita sedar ataupn x...sama ada pemberianNya berupa harta kekayaan ataupn kegagalan dlm exm cthnya... kita hrus brfkran positif trhadap semua ini krn mungkn klau kita miskn kita x dpt tlog org lin n kalau kita brjaya kita akn trleka tnp brusaha kras...bila kita krang brjaya mungkin kita kita lbih dekat dgn Ar-Razzak, kita akn sring merintih pdNya...utk phon pertlongan...ini akn tmbahkn lg iman kita pdNya , mnjadikn kita hamba yg x 'lupa daratan'... n tnp kita sdr ini akn mnmbahkn lg pahala ibadh kita... x gi2...

Kita gak ptt brsyurkur krn d beri nikmat pncaindra , utk melihat keindahan alam ini (bkn utk lihat bnda yg maksiat), menggunakn tngan utk menulis cthnya...(bkn utk mencuri), mulut utk makan (bkn mngumpat), kaki utk ke klas (bkn ke tmpat maksiat)....الله أكبر
X prnah ke kita rase ape prasaan org yg x dberi nikmat mata(mata ade tp x dpt mlihat @ x brfungsi)??? tp jika kita x guna nikmat ini utk kbaikn btapa bdohnya kita...sia2...
Sbnarnya... kdng2 org buta buta(pd zahirnya) tp sbnarnya mreka lbh celik mata ati dari kita... lbh mdah hfz al-Quran dr kita...krn ati mrk lbh suci dr kita... asbab x tngok bnda yg x ptt dtengok... pikir sndiri....('0')

Wednesday, April 7, 2010

hoho.....Balik kampung... balik kampung...2x

...السلام عليكم

Esk ari Khmis... klas xdop... tket dh ad... cm 1 je x bres ... tesis x siap lg... pning2...mybe jmp msyrif minggu dpn kot...

emm... Sblm tunggu minggu dpn... ingat nak balik kg. jap, dlm 2, 3 hari kot... dlm ari Isnin come here balik...sory mak ayah xleh blik lama stdy week kali nie coz ad krja ckit yg x settle lg... huhuhu... nak balik kg. pon bukan pe, nak wat pahala... ziarah mak ayah yg terchenta n terwindu...tersayang...n segala mcam ter... yg sentiasa bermain di hati n minda setiap ketika...

Bila pikir2 balik... bnyak bnda lg yg x prepair untk fnal... study x hbs lg... hrp2 dok umah x terlalu leka...( as long as u pegang title student... u xkn terlps dr semua nie...). Kata org, hdp tnp cabaran membuatkn kita x dpt merasa warna-warni kehidupan... x gitu???

At least blik umah jap bleh tnangkn pkiran n tenangkn jiwa yg tengah berserabut nie dgn tengok my parents punya face...dpt pahala lg...( sebenarnya ni adalh alasn dio nak blk sebnarnya...)(^^)

moga2 perjlnan esk slmat n dtang cnie blik dgn ati yg tenang...n dpt jwb fnal exm dgn baek... amin....

السلام عليكم

Dgn lfz "بسم الله الرحمن الرحيم" s mulakn cretan kali ini...

Trkadng trpikir jgk s, knp ssorng e2 mmrlukn teman , xde kwn pon bleh hidup jgk....
Tp e2lh lumrah dlm khdupan kita, memerlukan teman utk meluahkan prasaan, munghuraikan ape yg terbuku d ati... bgitulh fitrah insani yg tlh tertanam d dlm jiwa kita sbgaiman Adam yg hidup bersenang-lenang d dlm syurga jugak mmerlukan Hawa...

Kiranya kwn 2 pnting, tp klu trsilap plih kwn buruk n meranalh plk idup kita...

Sesungguhnya cri kwn e2 mudah ( dgn spe2 pon bleh ),tp cri sahabat yg seiring n sjln dgn kita dlm mncari ilmu, mncari sinar n cahaya cintaNya, mncari kasihNya, mncari syurga firdausiNya begitu skar...belum tentu ad satu dlm sejuta...huh..pyah...trlalu pyh...x semudh mencari ikn d psar ( tasybih kat kwn yg sd brkwn bila si kwn tu snang n mninggalkn kwn e2 ktk dlm kesusahan )...

Ya Allah, kpdMu aku merayu... pertemuknlh aku dgn sahabat sejati sbagaimana Nabi s.a.w. bersahabatkan para sahabat yg berukhwah hnya krnMu...demi redaMu...demi keimanan kpdMu... Tp aku tahu...aku bkan manusia agung seagnung Muhammad s.a.w. utusanmu...tp aku hnya hamba yg sering alpa, lalai, x mensyukuri nikmat yg Kau kurniakan, selalu brputus asa tnp terus brusaha n stlah e2 brtawakal kpdMu, lbh menyukai dunia brbanding akhirat yg kekal abadi, walau sdh berkali diingatkn dunia sementara n akhirat kkal abadi...

Ya Allah, ikhlasknlan ati kami dgn ukhwah yg terbina ini hanya utkMu, hanya mncari RedaMu d dunia n akhirat...

mudahnya mencari kwn,
utk merosakkan diri,
menghancur n binasakn masa dpn,
tp skrnya mencari teman d perjalanan,
utk mencari harga diri sbagai seorg insani,
agr mnjadi hamba yg sedar knp trcipta dirinya,

Allah x menciptakan msia dgn sia-sia,
jd jgn sengaja mnsia-siakan diri kita,
Allah x menjdkn kita dgn biasa2,
tp penuh dgn keluarbiasaan,
jd knp kita hrs jdkn diri kita biasa2,
tnp mnjadikn kita org yg luar biasa...

Saturday, April 3, 2010

jom mai pakat knl ngan stdent aqsa (sem 6 @ 09/10)...






org g klas blaja , kita g klas dok posing...tp xpe, at lest ad jgk knangan ngan korg... nnt tua2 esk bleh r tngok2... x gi2???

posing mcam nak wat cover album nasyid la plakkkk....

senyum2....1..2...3...

Friday, April 2, 2010

masjid...oh masjid...


apakah fungsi masjid hari ini kpd kita??? adakah ia terbina sekadar satu 'perhiasan' dan menjadi 'kebanggan' atau sbgai tempat utk 'org mukmin' mengimarahkannya??? pikir2kn... adkh krn ari raya n ari Jumaat je baru nak bertandang n tunjuk muka kat sana...???

suasana petang...


...akhirnya dpt jgk posing dpn masjid crystal nie...

Thursday, April 1, 2010

Assalamua'laikum n salam ukhwah kat semua,,,

Renungan utkku mnsia yg sring alpa...


Makan tido2,dh dkt 3 thn stdy kat cnie... dah nak akhr sem rpnye... hnya tinggal 2 mnggu lg nak fnal... lps nie dh hbs dplma... ke manakah lngkahku lps nie???

Duhai shbat2ku, kwn2ku, knlan2ku, n saudara2 seislamku yg berada d mdan jihad mencari ilmu di jln Yang Maha Esa...

Sebenarnya ape ek... xde ape2 lah...
Kat cnie s nak kngsi sesuatu... Masa tnggu nk msuk waktu Isya' td, saya terdengarlah seorng ustaz 2 bg kuliah... Dari kuliah td daptlah saya kongsi di sini bahawa dalam menuntut ilmu kita harus mempunyai 4 ciri ini, iaitu:

* mesti mendekatkn diri dgn Allah ; cntohnya meluangkan masa utk mnnaikn solat secara berjemaah , mendengar ceramah ilmu agama n sbagainya.

* jaga tingkah laku ; takut utk melakukan sesuatu yg bertentangan dgn agama (maksiat / dosa ).

* Sebarkan ilmu ; sbgai hamba yn berilmu sudah tentu bahawa semua ilmu yn ada d dunia ini adalah hanyalah milik mutlak Rabbul A'lamin , bukan milik guru kita, bukan milik lecturer kita ( mereke adalh perantara kita dgn Allah ).Dan kita sbgai org yg mendapat ilmu harus menyebarkannya kpd org lain . Jngn kita anggap bila sebar ilmu , ilmu itu akan berkurang n kwn kita akn mendapat result yg lebih cemerlang dr kita . Sepatutnya bila kwn kita 2 berjaya kita bersyukur n gembira . Sebagai cntoh kita adalh seorg yg kaya, bila kita menderma sudah tentu duit atau harta kita sudah habis ( pandangan mata kasar ) , tp disebalik itu , jika kita ikhlas memberinya sudah tentu ganjarannya berlipat ganda. Sebenarnya org yg sebar ilmu ini akan mendapat 2 kelebihan iaitu senang utk paham n dpt ganjaran disisi Allah .

* istiqamah n iltizam yg tinggi ; kita sebagai student harus tau apa tujuan kita menuntut ilmu ??? adakh krn sekadar nak isi masa remaja ( org study , kita nak study ),atau krn tuntutan agama ??? Jika tuntutan agama , ape yg hrs dilakukn sbgai student ??? Sbgaimana yg sudah kita tahu dr mafhum hadis Nabi s.a.w. (( berusahalh kamu umpama kamu hidup seribu tahun , n beramallah kamu umpama kamu hidup seribu tahun )) .

Nielah yg dpat saya simpul dr tazkirah 2...
Kat cnie , bukanlah saya nak tunjuk saya nie bagus sangat , ckp soal agama , tapi peringatan kpd diri saya sendiri sbgai mnsia yang alpa dsamping nak kongsi2 ilmu dgn kwn2...

N ape yg penting...
Semoga kita sentiasa ikhlas dlm perbuatan kita serta berada di bawah rahmat n kasih sayang Allah...

Saturday, March 27, 2010

Salam semua...

Buat teman-teman seperjuangan...

Dalam hidup ini penuh dgn ranjau yg berduri, iaitu liku-liku dan halangan yang terpaksa ditempuhi demi mencapai sebuah kejayaan dlm kehidupan...

Kekadang kita terasa penat dan letih dlm menghadapi semua ini, tetapi terpaksa dikuatkan semangat , memberi motivasi kpd diri sendiri serta mengingatkn diri bhw dunia ini adalh kehidupan yg sementara (fana), sementara akhirat jua yg kekel abadi...

Hanya di dunia yg sementara ini kita perlu berkerja keras dan apabila tiba masanya , kita akan mendapat balasan tehadap apa yg tlh kita usahakan selama hidup di dunia...

Tetapi dlm prjalanan melayari hidup ini, kita sering mengeluh...knp begini? knp begitu?...tetapi kita x sedar bhw semua ini adalah ketentuan dr Yang Mencipta... Krn Dialh Yang Maha Mengetahui apa yg sudah n akn trjadi serta yg trbaik utk hambaNya...